Jom Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur

  December 01, 2019 |    by Farah Farhana


Assalamualaikum. Hai semua~

I selalu dengar orang share pasal travel atau ambil short vacay ke negeri lain selain Kuala Lumpur. Ada yang kata sebab KL ni takde apa sangat yang menarik. I rasa bukan takde tempat menarik tapi diorang yang tak explore betul2 tempat yang best2 di ibu negara kita ni. Bagi I, sangat rugi kalau sebagai warganegara Malaysia kita tak pernah jejak ibu negara kita sendiri, sedangkan orang luar pun mesti akan jejak kotaraya ni. Betul tak?

Dari segi transportation, memang takde masalah sebab ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk ke Kuala Lumpur ni (I refer to orang yang duduk luar KL) Kalau orang Johor or yang daripada Singapore tu nak rasa kelainan boleh lah cuba book cheap Scoot Flights guna Traveloka. Selain itu, boleh juga cuba Penang to Kuala Lumpur flight booking untuk yang dari Penang. Ikut lah kalau nak guna ETS pun boleh tapi ambil masa sikit la untuk sampai. Semua ni, boleh beli guna Traveloka je sebab harga yang ditawarkan agak berpatutan dan sangat memudahkan. Bila dah sampai di KLIA nanti boleh terus guna airport transfer yang kita dah booking dengan Traveloka juga. Traveloka ni menyediakan pelbagai jenis service dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik juga lah. Tak murah sangat tak mahal sangat. Just nice ah. 


I faham je kenapa ramai tak gemar nak jalan2 tengah Bandar KL ni. Yelah bandar paling sibuk kat Malaysia kan. Tapi kalau kita explore, banyak juga tempat yang ada keunikan tersendiri. Jadi, kalau nak travel dan pusing-pusing Kuala Lumpur ni, pastikan korang pilih masa yang sesuai supaya takdelah kena hadap jalan jem di kotaraya ini. Cadangan I, kalau nak jalan-jalan KL dengan tenang, datanglah waktu hari bekerja tapi start keluar jalan lepas semua dah pergi kerja dalam pukul 9-10 pagi macam tu. Balik pulak pukul 4-5 petang tu kira ngam lah. Kalau nak jalan malam, better cari hotel yang walking distance dengan tempat tarikan pengunjung. 


Kat KL ni, public transport la paling senang nak cari untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Cumanya macam yang I cakap tadi, elak guna public transport masa orang sibuk pergi dan balik kerja. Memang macam sardine la nanti huhu. Antara kemudahan pengangkutan awam yang boleh dijadikan pilihan adalah MRT, LRT, KTM, Bas Rapid KL dan Grab Car. Just I nak nasihat, pastikan kita tahu laluan setiap transportation ni supaya tak sesat dan menyusahkan diri. So, I nak share lah sikit tempat2 yang boleh kita lawati dengan menggunakan public transport.

Antara Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

1. KLCC- Aquaria, Petrosains, Sky Bridge 


Rasanya satu dunia tahu, KLCC merupakan menara berkembar tertinggi. Kat sini banyak tempat menarik yang boleh korang pergi. Bagi yang nak bersantai-santai dengan family, boleh lah bersiar-siar di Taman KLCC. Besar okay taman dia. Nak buat photoshoot pun lawa. Selain itu, yang ada anak tu sesuai sangat bawa anak-anak ke Aquaria dan Petrosains. I yang dewasa ni pun excited tambah la budak2 kalau pergi sana hehe. At least dapat learn something new bila pergi situ. Then, for those yang rasa nak tengok permandangan bandaraya Kuala Lumpur, I sarankan uolls naik Sky Bridge yang menghubungkan 2 bangunan KLCC ini. I tak pernah pergi lagi tapi dah ada dalam bucket list I hehe InshaaAllah one day~

2. Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka 


Hah! Inilah tempat yang ramai gila tourist berkumpul. Bila-bila I pergi mesti ada je jumpa orang warga asing. Bangunan Sultan Abdul Samad ni terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka. Ia merupakan salah satu simbolik negara kita dan mempunyai menara jamnya sendiri. Terdapat banyak peristiwa penting yang telah berlaku di sini yang boleh kita hayati especially peminat sejarah macam I ni. Dataran Merdeka ni lah terjadinya peristiwa laungan kemerdekaan buat pertama kali oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 dan bendera Union diturunkan. Di keliling padang Dataarn Merdeka ini, terdapat banyak kedai yang menjual permainan untuk kita bersantai bersama keluarga. 


3. Muzium Diraja Negara 


Muzium ini terletak di dalam istana lama negara di Jalan Istana. Keunikan muzium ini ia telah dibina lebih kurang 91 tahun yang lalu dan ia pernah digunakan oleh penjajah Jepun semasa perang dunia. Ia juga pernah digunakan oleh British Royal Air Force dan selepas itu dijadikan istana negeri Selangor sebelum diubah suai menjadi Istana Negara. I pernah pergi sebab ada pameran keris hari tu. Bagi I, memang patut Istana Negara ditukar dengan istana yang sekarang ni sebab macam kecil sangat pula istana yang lama. Yang I paling impressed, bilik air king dan queen tak kongsi yee masing2 ada sendiri punya dalam bilik tidur mereka. Wow!
Banyak lagi sebenarnya tempat yang menarik kat KL ni. I yang duduk KL ni pun belum habis pusing semua tempat. Apa tempat favorite korang kat KL ni? Share la mungkin I tak pernah pergi lagi so boleh masuk dalam bucket list I hehe~ Thank you baca post I yang panjang ni. See you guys next time :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Jalan-jalan memang seronok.. rasanya pergi kl dulu takde pun jaln-jalan sangat, just pernah pu KLCC je.. tempat tempat lain tak pernah jejak lagi

    ReplyDelete