Jom Baca 6 Fun Facts tentang Bulan November

  November 01, 2019 |    by Farah Farhana

Assalamualaikum. hai readers! Happy November everybody~ 

Hari ni rasa macam nak share fun facts tentang November lah since kita pun dah masuk bulan yang ke-11 ni. Tak lama lagi dah masuk tahun baru. Sekejap je masa berlalu. Semoga korang dah capai half or more of your goals this year okay :)

Okay jom baca sambil tambah general knowledge.

Fakta Menarik Bulan November

1. Nama bulan November berasal dari bahasa Latin, 'Novem' yang bermaksud sembilan. November ialah bulan ke-9 dari 10 bulan dalam kalender Rom. Selepas reformasi kalender Julian, November menjadi bulan ke-11 dengan penambahan bulan Januari dan Februari pada permulaan kalender.

2. Negara Australia, US dan Canada menyambut National Beard Day (No Shave November) dan Movember (Moustache November) dimana orang lelaki digalakkan untuk menyimpan jambang, janggut dan misai sebagai tanda meraikan kesihatan lelaki serta meningkatkan kesedaran penyakit lelaki. Kiranya memang tak digalakkan bercukur langsung. Fuh!

3. Antara famous people yang lahir pada bulan November ialah Mark Twain, Winston Churchill, LM Montgomery, Boris Becker, Scarlett Johansson, Martin Luther, Demi Moore, Dale Carnegie, Charles De Gaulle, Kurt Vonnegut, Carlos Fuentes, Leonardo DiCaprio, dan John Galliano.

4. Bulan November mempunyai banyak special holidays seperti Thanksgiving, All Saint's Day, All Soul's Day, Universal Children's Day, Veteran's Day, dan World Diabetes Days.

5. Penulis terkenal dunia, William Shakespeare tidak pernah menyebut bulan November dalam mana-mana karya beliau. Sama ada tidak sengaja atau beliau memang anti dengan bulan November. haha serious ni I baru sedar.

6. Pada 8 November 1895, seorang profesor Fizik dari Jerman, Wilhelm Röntgen telah menemui X-ray semasa melakukan experiment dengan elektrik. Hasil penemuan ini membolehkan doktor mempunyai gambar tulang dan gigi dalam badan manusia. Sejak itu, x-ray menjadi alat diagnosis yang sangat berharga dalam bidang medik. Terima kasih kepada beliau.
Okay I harap perkongsian ni memberi sedikit pengetahuan am la kat korang. Bagi I fun fact yang paling best no 1 dan no 5. No 1 tu mungkin sebab I memang suka sejarah Rom. No 5 tu sebab I ada juga baca karya-karya beliau tapi memang tak perasan langsung dia tak mention November. Ye la siapa je perasan kan.



Sumber : Satu, Dua

You Might Also Like

2 comments

  1. perkongsian yang menarik... arwah ayah saya pun lahir bulan November.. the first to be precise.

    ReplyDelete