The Best K-Drama I've Watched In My Opinion

November 02, 2018

Assalamualaikum. Hai korang!

Korang suka tengok K-Drama tak? Berapa banyak yang korang dah tengok? I layan K-drama ni masa zaman sekolah menengah sampai mula-mula masuk diploma dulu sebab masa tu lah ada banyak masa nak tengok. Sekarang dah busy kemain 

My list of K-Dramas are very outdated ye rakan-rakan sebab I memang tak follow K-Drama yang baru ever since two years ago. Kalau ada pun 1-2 drama je yang baru. Tapi I nak share jugak sebab mana tahu korang boleh suggest K-Drama baru yang best (since I pun ada banyak masa untuk dibazirkan kihkih)

1. Descendants Of The Sun (2016)
I bukan nak exaggerate ke apa tapi ni satu-satunya k-drama yang I boleh ulang 3-4 kali sebab bagi I memang sangat-sangat best! Cerita ni banyak babak serious tapi ada kelakar jugak. Dah la OST dia pun feeling habiss. Tambah pulak main casts dia memang betul-betul bercinta (and dah kahwin pun) lagilah melayan perasaan I haha

2. Master's Sun (2013) 
Weh! I suka gila cerita ni tak tipu. Kisahnya dia boleh nampak makhluk halus tapi bila dia sentuh sorang laki ni, ability dia akan hilang. So disebabkan dia taknak nampak benda-benda tu, dia kena ikut laki tu kemana sahaja. Haha best~ OST dia pun best. I nak tanya, kalau OST best, memang drama tu pun automatik akan best jugak ke?? Mostly drama yang I tengok, kalau drama tu best mesti OST dia pun best jugak.

3. Who Are You : School 2015 (2015)
Drama ni macam sinetron sikit sebab ada babak kembar terpisah sejak kecil, lepastu sorang hidup mewah sorang lagi hidup miskin dan yang miskin tu kena buli kat sekolah. Haa seperti sinetron ya kan ku udah bilengg~ Untuk OST drama ni, satu je I nak cakap, OUTSTANDING! Sumpah lah I suka gila lagu Reset dan Return. Memang menaikkan semangat (Tambah-tambah kalau tengah study). For me, the bestest OST goes to this k-drama. Please dengar lagu tu gais please! (dan tengok la drama ni jugak k)

4. I Hear Your Voice (2013)
Drama yang ada babak peguam, mahkamah bagai ni memang I layanzz. I suka tengok diorang berdebat untuk menegakkan point masing-masing. Yang paling best, lelaki (watak utama) ni ada kelebihan baca fikiran orang. Drama ni lain sikit sebab lelaki tu bercinta dengan perempuan yang lagi tua dari dia. Cinta tak kenal usia la kiranya~

5. Pinocchio (2014)
Drama ni mengetengahkan kehidupan wartawan, cara mereka bekerja dan cari berita. Banyak konflik cerita ni tapi benda tu lah yang best. Since I pun memang study bidang Masscom, memang I tertarik nak tengok drama ni and apparently I memang suka dan semangat I lagi berkobar-kobar untuk teruskan impian I. Gittew~ Haha

6. Defendant (2017)
Drama ni saspen gila. Engko bayangkan engko bangun dari tidur je dah ada dalam penjara atas tuduhan membunuh keluarga engko. Dah la tu, hilang ingatan pulak. Allahu memang serabut. Tapi disebabkan perasaan ingin tahu I yang menebal, I layan sampai habis. Worth my time la. 

Antara K-Dramas yang I dah tengok :
(Hover any picture to know the title and the stars I gave)
   

So gais, apa favorite K-Drama korang? Ada suggestion tak drama baru apa yang best untuk I tengok? Cuba share sikit. Terima kasih korang 

Have a nice day semua ~

You Might Also Like

23 comments

  1. eh sama! no 1 dan 2 tu, kak zai pun bg 5 bintang.
    dua2 tu kalau ulang pun xpe. best. OST pun best-best je semua.

    hana tak tengok cite BLACK lg ke ? cite tu pun best tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan~ oh cite black tak tgk lagi. Thank you sbb suggest kak zai :D Hana masukkan dlm list nnt hehe

      Delete
  2. banyak jugak yang sha belom tengok haha sekarang takdak mood nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takpa takkan habis pun drama korea ni so chill2 je hehe

      Delete
  3. Best drama-drama tu.. sekali tengok terus melekat hehe

    Jom join giveaway hadiah menarik: http://www.maisarahsidi.com/2018/11/birthday-giveaway-by-maisarahsidicom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah byk Kdrama yg best :) Wah ada giveaway. Okay nnt hana join ya^^ Thankyouu~

      Delete
  4. there's a lot!! I need to watch it, soon.. hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tapi ni baru sikit haha~ Sokay just watch yg byk good reviews je klau tak sempat tgk semua :)

      Delete
  5. Macam best jeeee. Okay nak kena tengok semua niii. Ada masa nanti boleh laa nak marathon. Heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ada yang best ada yang biasa2 je kak fiza~ Okay nanti tgk lah hehe :D

      Delete
  6. antara yang paling best is Master's Sun. Mesti tengok tiap² tahun. haha and it's Okay It's love, Moon Scarlet Heart ke, Latest tengok Familiar Wife. hurm... banyak sngt la yang dah tak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasss betul! best drama Master's Sun tu. I suka gila! haha kan sbb k-drama ni mmg takkan habis :D

      Delete
  7. Replies
    1. Haah sebab tu I byk layan Kdrama dari drama melayu huhu

      Delete
  8. For me, the best Korean dramas that I have ever watched is Misaeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? I tak tgk lagi drama tu~ Nanti boleh la tgk hehe

      Delete
  9. Oh! peminat K-Drama samalah kita.
    Macam takde list drama Ji Chang Wook tu try tengok The K-2 and Healer mesti tersuka nanti hahahaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah minat Kdrama tp tak ambil tahu langsung nama pelakon semua haha XD Ohh haa okay nanti hana tgk sbb mmy cadang nk tgk healer tu hehe~ Thanks for suggesting those KDrana :D

      Delete
  10. YASSSSS no.2-5 memang best and my fav k-drama too! no.6 ramai yang kata best tapi den tak tengok lagi sebab takde kesempatan lagi tapi memang teringin nak tengok! hahaha. actually, semua series School best tau. 2013, 2015 & 2017 semua best. and can't wait for School 2019 which is next year! heee.

    ce try tengok k-drama yang juga my fav - Signal, 21st century girl and boy, dr kang romantic (tak ingat tajuk betul dia hahaha), K2 and banyak lagi. tapi ce tengok tu dulu kihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah no 6 sangatlahhh best! Please tgk drama tu hehe :) Oh hana tak berapa suka school 2013 haha yang 2017 punya belum tgk lagi~ Ingat nak tgk la nanti. Oh haa Signal pun ada dalam to-watch-list hana hehe Thank you ya kak sayidah for your suggestions :D

      Delete
  11. tak sempat maraton movie. dok kalut ke novel lagi. hahaha

    ReplyDelete