15 Fakta Menarik Tentang Islam (No 12 paling Wow!)

November 21, 2018

Assalamualaikum. Hai semua.

Berikut merupakan beberapa fakta yang menarik tentang Islam yang mungkin ramai yang tidak tahu. Banyak jugak yang I baru tahu lepas baca tadi jadi I nak share fakta menarik ni dengan korang semua pulak.


Fakta Menarik Tentang Islam :
1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia sekali gus telah menewaskan nama paling popular di Britain iaitu Jack dan Harry.

2. Albania merupakan satu-satunya negara Islam di Benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Perkataan berikut diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab iaitu Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perkiraan matematik). Perkataan “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Umat Hindu percaya bahawa salah satu tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam” berada di dalam Kaabah.

7. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

8. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah seorang pencuri tersebut telah dihilangkan dari muka bumi oleh Allah SWT.

9. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh seorang arkeologi ,Giovanni Battista Belzoni pada tahun 1817 iaitu setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

10. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar, sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

11. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

12. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

13. Nabi Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

14. Nama asal kota suci Madinah adalah “Yasthrib”.

15. Makam Nabi Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Nabi Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah.

Sumber : 1, 2, dan 3

You Might Also Like

3 comments

  1. thanks for sharing this. proud to be a muslim! ^^ <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome :) Sama2 la kita share bnda yg bermanfaat hehe

      Delete
  2. baru tahu yang ketiga anyway thanks for sharing

    ReplyDelete