10 Fakta Perlu Tahu Tentang China (No 2 paling rare!)

November 27, 2018

Related image
Hi Assalamualaikum.

Ramai orang tahu bahawa negara China merupakan antara negara terbesar di dunia dan menyimpan pelbagai bentuk sejarah yang berpengaruh pada kehidupan negaranya saat ini. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa China mempunyai banyak fakta yang menarik dan tiada penghabisannya.

Ini adalah antara fakta yang I rasa paling menarik dan ada yang I baru tahu hehe. Saja nak berkongsi informasi~

10 Fakta Menarik Tentang China

1. Penganut Kristian di China lebih ramai daripada penganut Kristian di Italy.

2. Lebih 4000 bayi yang dilahirkan pada tahun 2008 dinamakan "Olympic Games" oleh ibu bapa mereka kesan daripada sukan olimpik pada tahun tersebut.

3. Lebih 45 billion "chopsticks" digunakan setiap tahun.

4. Panda yang berada di seluruh zoo di dunia bukanlah hak milik negara ataupun zoo tersebut tetapi masih sepenuhnya milik negara Cina. Cina hanya meminjamkan haiwan putih & hitam tersebut ke zoo seluruh dunia. Jika ada panda yang melahirkan anak di luar negara Cina, maka anak tersebut harus segera dihantar ke Cina.

5. Pada tahun 2025, China akan mempunyai 10 bandar bersaiz New York akibat daripada peningkatan populasi.

6. Seramai 200 juta penduduk China hidup berbekalkan hanya $1 (atau kurang) sehari.

7. Lebih 700 juta orang minum air yang kotor dan tercemar.

8. Sungai ke-4 terpanjang di dunia ialah Sungai Yangtze yang terletak di China.

9. Lebih 50% barangan palsu di EU datang daripada China.

10. Warna putih menjadi simbol berdukacita bagi orang Cina, termasuk dalam acara pemakaman.

You Might Also Like

6 comments

  1. pelik tapi benar... ingatkan kawan Aien Hana ni, sebab dia baru blek dr China ritu. haha dah la nama pun sama Farhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan~ pelik tp benar! haha salah org la tu kak hehe

      Delete
  2. wow. macam tertarik pulak nak tau pasal negara ni dgn lebih lanjut. lebih-lebih lagi pasal panda tu. Thanks for sharing this, btw. :)

    ReplyDelete
  3. Aduh, pasal air tu bikin sedih, huhuhu.

    ReplyDelete