Elianto EDP Perfumes : Taffy, Ballet & Blush (Review)

October 18, 2018


Assalamualaikum. Hai semua.

Sesiapa yang minat Elianto, mesti korang dah pernah dengar tentang perfume Taffy, Ballet & Blush ni kan? I baru je tahu tentang perfume ni. Maklumlah, sebelum ni tak pernah usha pun any products from this brand. Ini pun tak sengaja termasuk Elianto punya franchise kat Aeon Au2 Setiawangsa tu sebab nak cari concealer (Elianto punya concealer memang cenggini  full coverage!!) tapi lepas dah pilih concealer tu tetiba mata gatal nak pandang bahagian promotion. Ahh sudahh! Ternampak pulak 3 perfumes yang 'simple but elegant' ni. Menarik~ *bisik hati kecilku hehe
Inilah packaging dia. 30ml sahaja. Simple kan? Soft je tengok rasa tenang *yekee?* Elianto buat promotion masa tu RM25 sahaja per bottle. Normal price dia RM59.90! I apa lagi kan, kita test bau ketiga-tiga perfumes ni. Okay calit sikit kat nadi. Semua wangi gais!! I tak tahu nak pilih yang mana tapi to be frank I paling suka bau Taffy. Memang kena dengan citarasa dan seleraku XD

So I decided to buy Taffy. Kalau korang suka bau macam manis-manis buah, Blush is the perfect-match for you. Ballet pulak bau dia keras sikit tapi masih wangi sedap. Haa macam tu. Perfume ni tahan lama ke tidak? Hari tu bila I tanya sales assistant, dia cakap boleh tahan dalam 8-12 jam. Tapi ni I jujur la ok. Honest review haa macam tu. Perfume ni tahan dalam 5-6 jam sahaja bila I pakai. Tak tahu la I salah pakai ke macam mana kan tapi memang tak lama baunya. Huhu harap Elianto boleh buat perfume ni long lasting sebab I really love the scent. Like a lot! Serious gais memang wangi sangat. Wangi yang tak keterlaluan. Just nice! Hana approved! Haa macam tu~ *acah sikit jer

Oh ya.. Perfumes ni jugak ada Trio Miniature EDP Pink Set. Dia combine ketiga-tiga perfumes tadi tu dengan harga RM65.90 (Tapi tak tahu masih in stock atau tak) Kalau beli yang ni jimat sikit plus boleh merasa tiga-tiga terus hehe
Elianto Trio Miniature EDP Pink Set (Limited Edition)
Last but not least, perfume ni memang best. 8/10! Kalau long lasting, memang I dah bagi 10/10 dah. Because i really loveee~ Ala boleh je pakai untuk majlis-majlis kecil kan. Bukan lama pun. Takpun kau standby je la perfume tu dalam bag. Kalau rasa bau dah hilang, sembuq la lagi haa macam tu. Botol dia pun kiut-miut je senang nak bawa kemana-mana.

Okay itu sahaja yang I nak review. Have a nice day semua 

You Might Also Like

5 comments

  1. Replies
    1. kan.. tak silap promo sampai habis stock

      Delete
  2. woahh.. boleh p usha satg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dh habis stok kot kak tp try ja la usha mana tau ada lagi :)

      Delete
  3. i ada dpt hadiah ballet..wangi..tapi tgk ingredients ada sweet wine..so confuse smada boleh pakai atau tak.

    ReplyDelete