Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 Ciklapunyabelog

October 29, 2018

Assalamualaikum. Hai korang!

Hari ni I taknak membebel banyak cuma nak join segmen bloglist by Cikla yang dah lama I bookmark. Hari ni baru sempat nak join. Btw Cikla, I tak ada fb so tak dapat like fb page Cikla :(

Bismillahirrahmannirrahim..

Macam biasa, nak join klik banner ni ya. Cikla akan pilih 10 bloggers yang bertuah untuk masuk dalam bloglist dia. Mana tahu orangnya adalah you? Haha so apa tunggu lagi, jom la join!

Tarikh tamat :
31 Oktober 2018 (8.00 Malam)

My Wedding Cards Finally Arrived!

October 27, 2018

Assalamualaikum. Hai gaiss~ Hari ni I terlebih excited!!

My wedding cards finally arrived gais! Lama dah I tunggu. Berdebar-debar setiap hari tunggu abang posmen datang tau haha

Akhirnya sampai juga parcel yang ditunggu.. TADAA~

Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Terbaiklah City link punya service! *salute

Lepas je snap gambar, I terus koyakkan (dengan rakusnya) bungkusan tu. Tak tahan weh. Lama dah gian nak tengok kad kahwin sendiri hahaha. FYI, I pilih tema white & gold. Memang boleh dikatakan semua benda I ikut tema. Kad, hiasan dewan, pelamin, doorgift semua memang warna white & gold. Acah-acah grand gittew! I tak berapa berkenan concept colorful (for wedding card) sebab macam serabut. Well, lain orang lain preference kan?

So inilah dia my wedding card. Very simple golden style.
I pilih saiz kad 4x9 landscape lipat dua. Simply because I like it. Ketebalan kad ni 260gsm (artcard). At first I nak ambil yang 310gsm sebab I taknak kad I jenis nipis melayang tu. Tapi kat tempat yang I tempah takde kad 310gsm. So I macam.. okay proceed je la with 260gsm. Bila dah dapat, Fuhhh! Dah cukup tebal dah 260gsm tu. Sakit nau jari aku melipat kad tu. TEBAL! Tak tahulah kalau I ambil kad yang 310gsm tu macam mana tebal dia.

Bila I show the card to my family and some friends, ada yang suka dan ada yang tak suka dengan design yang I pilih ni (Ada yang cakap simple sangat dan ada yang cakap tak cantik terus). Macam I cakap, lain orang lain citarasa. Haa macam tu. But overall, I puas hati dengan kad ni. Kena dengan tema I haha

Ni pulak sampulnya. Warna putih dan ada cop nama kitorang kat bottom-right.
Trust me gais, kalau I jumpa sampul kad warna gold, memang I dan borong sampai habis. Tapi masalahnya I tak jumpaa! Plus kalau dah gold envelope, mesti harganya pun 'gold' jugak kan? haha So putih pun okay ajer..

Button Badge x 10 (Untuk my family sahaja)
Guestbook printed-content (100 pages)
Guestbook dia for me biasa-biasa je. I ingat guestbook yang hard cover tu tau tapi rupanya yang jenis wire-o. I pun satu tak tanya dulu masa tempah haihh! Tapi okay la kan daripada takde. Lagipun I selak-selak guestbook ni okay je high quality jugak la.Kurang dari dua bulan je lagi majlis akan berlangsung so I dah malas nak fikir pasal ni. Sekarang ni fikir nak cepat-cepat selesai je haha

Actually I ambil pakej kad kahwin yang consist of:-
1. Kad 300pcs
2. Sampul
3. Bunting 1x
4. Banner 1x
5. Penunjuk arah 4x
6. Guestbook 1x
7. Button Badge 10x
8. Rubber stamp 1x
9. Buku doa harian 100x

Dengan harga yang I dapat, I rasa semua ni macam berbaloi jugak la! Serious I sangat puas hati. Sebelum barang sampai, I duk risau je takut I tak puas hati la tak suka la bagai tapi Alhamdulillah I okay je dengan semua ni. Bersyukur selalu gais~ Gittew!

Sorry in advance ye korang kalau lepas ni I akan banyak post tentang my preparation of wedding, my wedding & my after wedding stories haha I just suka nau nak bercerita sambil-sambil share benda-benda yang i rasa bermanfaat untuk readers. Okay korang. Have a nice day semua~

Penginapan Yang Berbaloi di Port Dickson Bersama Traveloka

October 25, 2018

Assalamualaikum! Hai korang~

Korang pernah pergi bercuti kat tempat mewah tak? Dulu I selalu berangan nak rasa penginapan mewah sebab selalu tengok dalam movie je pasal percutian mewah bagai hehe. Antara penginapan mewah yang I selalu bayangkan ialah vila atas air dan vila yang ada private pool. Serious best gila! Masa dulu-dulu I ingat kalau nak penginapan yang macam ni kena pergi luar negara macam kat Maldives atau Bali dulu. Tapi bila dah dewasa and banyak benda kita dah tahu, rupanya kita boleh enjoy both penginapan tu kat Grand Lexis Port Dickson je gais! Dalam Malaysia je tapi feeling macam oversea. Siapa yang taknak kan?

I mula-mula discover pasal villa-villa kolam renang Grand Lexis ni time I sibuk usha resort kat Port Dickson. Time tu I pegi dengan kawan-kawan I. Biasa la, nak buat reunion yang rare sikit. Kitorang saje je nak rasa suasana baru sambil menginap kat sini. Kitorang plan nak spend weekend kat tempat yang mewah dan eksklusif (acah orang have-have gittew!) tapi dengan rate yang berpatutan lah. I suka tempat ni sebab dekat dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (1 dan 2). Selain dengan kapal terbang, tempat ni pun boleh diakses dengan mudah dengan menggunakan Hiway Plus. Korang boleh terus ambil exit Port Dickson je. Lepas tu, pandai-pandai la Waze untuk dapatkan lokasi sebenar resort ni. And kalau korang naik komuter pulak, boleh turun kat stesen Seremban, lepastu naik teksi atau Grab. I buat macam tu la. Senang je. 

Time check in, I bagi 9/10 wehh sebab staf kat sana sangat ramah dan membantu trip kitorang. Very smooth. Itu yang penting ya! Time tu kitorang dibekalkan dengan kelengkapan mandian percuma. Lepas settle urusan check in, Staf kat sana pun hantar kitorang ke vila sambil naik kereta golf~ Rasa macam boss-boss sangat ;) 

Cakap pasal bilik, yes bilik kitorang ni dilengkapi dengan kolam renang eksekutif dengan pemandangan laut! Cantik gila gais hilang stress bila pandang! Bilik pun memang mewah gila. Dengan setting yang sangat marveles ni, I rasa tempat ni sesuai sangat for those yang nak honeymoon ;) Masuk je bilik, terus nampak tilam dan bantal yang empuk dan selesa. Kalau boleh rasa macam nak terus tidur je. Tapi bila tengok macam-macam fasiliti yang disediakan, rugi pulak kalau tak try kan? Hehe.

Bila pergi luar, ada pancuran dan rak kat luar untuk korang gantung pakaian/tuala. Vila ni jugak ada modem sendiri ya kawan-kawan. So, puas la engko akses wifi yang laju tu. Waktu petang pulak, staf hotel tu akan bawak tuala baru untuk digantikan, air minuman percuma dan dua beg kelengkapan mandian tambahan yang lengkap dengan peralatan mandian. Kalau rasa bosan asyik mandi kolam je, kat luar bilik ada satu kawasan riadah untuk aktiviti memanah, segway dan kereta elektrik mini untuk kanak-kanak. Basikal untuk disewa pun ada weh. Jadi, takde alasan untuk korang rasa bosan sebab banyak benda yang korang boleh buat. Kalau yang menginap dengan family, mesti ada budak-budak kan. Takyah risau sebab diorang pun boleh have fun. Ada dua taman permainan kat area situ. Pilih je mana-mana haha. Ada ruang permainan seperti arked yang dilengkapi dengan banyak mesin serta meja snooker, ping pong, hoki udara dan Wii dan Xbox jugak. Onz x onz gais? Tak seronok lagi tak tahu la aku. 

Kalau nak cakap pasal makanan pulak, I taknak cakap apa la. Memang banyak tempat makan yang boleh dipilih. Kalau korang tak nak makan kat hotel, korang boleh try cari juadah di luar kawasan hotel. Disebabkan hotel ni dekat dengan laut, rugilah kalau tak try seafood kan. Confirm fresh from the sea Hahaha :D Kebanyakan gerai-gerai kat tepi laut ni menyediakan juadah istimewa contohnya macam ikan bakar, sotong celup tepung dan lain-lain lagi. Sedap weh! Dah la harga pun murah. Haish, tengah tulis ni pun dah boleh buat I terliur. Adoii~ 

 
Cafe kat dalam hotel lawa terukk gais!
Kalau korang nak tahu, I selalu buat research pasal resort-resort ni kat website Traveloka je. Sebelum I decide tempat mana yang I nak book, I akan baca dulu betul-betul kat website ni. Traveloka ni ada lebih dari 100,000 hotel yang berdaftar untuk dipilih. Jadi, korang takyah pening kepala nak cari website mana-mana hotel. Guna Traveloka je dah cukup. bukan ada pilihan hotel yang banyak je tapi dia bagi sekali details pasal nearby tourist attraction. Korang jugak boleh browse traveloka hotel untuk membuat pilihan yang paling sesuai dengan your own preferences. Lain orang mestilah lain preferences dia kan? Dengan website yang macam ni, semua kerja boleh jadi mudah. Ewahh~ Serious senang. Haa apa tunggu lagi, jom plan next trip ☺ Nak ajak I pun boleh hehe~

Sumber gambar : Google/Traveloka

Segment Bloglist by Farah Farhana

October 23, 2018

Assalamualaikum. Hai semua.

Kalau korang perasan, kat blog ni tak ada bloglist kan? Haa sebab tu lah saya nak buat segmen bloglist ni sebab honestly saya tak tahu nak letak blog siapa dalam my bloglist. Biasalah freshie lagi rakan-rakan blogger pun tak ramai hehe XD Harap ada la yang sudi join dan memeriahkan segmen dari blog yang tak seberapa ni :')

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. Ayuh bersegmen~

https://1.bp.blogspot.com/-eEaLgGfULng/W84NstQoiKI/AAAAAAAAKoo/LtGAaO_Mwu4UMZtDuh4TMYdmZjfxarHKACLcBGAs/s640/segmen.png
Syarat-syaratnya ialah :-
1. Follow blog ini jika belum follow. (wajib)
2. Buat satu post dengan tajuk Segment Bloglist by Farah Farhana
3. Tepek banner di atas dan backlink kan ke post ini.
4. Tinggalkan link entry korang kat komen post ini.

Cara pemilihan :-
Semua yang join segmen ini saya akan letak di dalam bloglist saya supaya senang nak blogwalking nanti :D

TAMAT :
1 NOVEMBER 2018 JAM 10.00 MALAM

Okay itu sahaja. Kalau nak tanya apa-apa, boleh pm tepi kihkih. Thank you in advance kepada yang sudi join segmen ini. Selamat bersegmen korang! :D

Elianto EDP Perfumes : Taffy, Ballet & Blush (Review)

October 18, 2018


Assalamualaikum. Hai semua.

Sesiapa yang minat Elianto, mesti korang dah pernah dengar tentang perfume Taffy, Ballet & Blush ni kan? I baru je tahu tentang perfume ni. Maklumlah, sebelum ni tak pernah usha pun any products from this brand. Ini pun tak sengaja termasuk Elianto punya franchise kat Aeon Au2 Setiawangsa tu sebab nak cari concealer (Elianto punya concealer memang cenggini  full coverage!!) tapi lepas dah pilih concealer tu tetiba mata gatal nak pandang bahagian promotion. Ahh sudahh! Ternampak pulak 3 perfumes yang 'simple but elegant' ni. Menarik~ *bisik hati kecilku hehe
Inilah packaging dia. 30ml sahaja. Simple kan? Soft je tengok rasa tenang *yekee?* Elianto buat promotion masa tu RM25 sahaja per bottle. Normal price dia RM59.90! I apa lagi kan, kita test bau ketiga-tiga perfumes ni. Okay calit sikit kat nadi. Semua wangi gais!! I tak tahu nak pilih yang mana tapi to be frank I paling suka bau Taffy. Memang kena dengan citarasa dan seleraku XD

So I decided to buy Taffy. Kalau korang suka bau macam manis-manis buah, Blush is the perfect-match for you. Ballet pulak bau dia keras sikit tapi masih wangi sedap. Haa macam tu. Perfume ni tahan lama ke tidak? Hari tu bila I tanya sales assistant, dia cakap boleh tahan dalam 8-12 jam. Tapi ni I jujur la ok. Honest review haa macam tu. Perfume ni tahan dalam 5-6 jam sahaja bila I pakai. Tak tahu la I salah pakai ke macam mana kan tapi memang tak lama baunya. Huhu harap Elianto boleh buat perfume ni long lasting sebab I really love the scent. Like a lot! Serious gais memang wangi sangat. Wangi yang tak keterlaluan. Just nice! Hana approved! Haa macam tu~ *acah sikit jer

Oh ya.. Perfumes ni jugak ada Trio Miniature EDP Pink Set. Dia combine ketiga-tiga perfumes tadi tu dengan harga RM65.90 (Tapi tak tahu masih in stock atau tak) Kalau beli yang ni jimat sikit plus boleh merasa tiga-tiga terus hehe
Elianto Trio Miniature EDP Pink Set (Limited Edition)
Last but not least, perfume ni memang best. 8/10! Kalau long lasting, memang I dah bagi 10/10 dah. Because i really loveee~ Ala boleh je pakai untuk majlis-majlis kecil kan. Bukan lama pun. Takpun kau standby je la perfume tu dalam bag. Kalau rasa bau dah hilang, sembuq la lagi haa macam tu. Botol dia pun kiut-miut je senang nak bawa kemana-mana.

Okay itu sahaja yang I nak review. Have a nice day semua 

Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed

October 14, 2018

Assalamualaikum. Hai korang.

Banyak pula masa terluang sejak akhir-akhir ni jadi apa salahnya kita isi masa terluang dengan menyertai giveaway kan. Hehe

Kali ni punya GA dianjurkan oleh sis Mazuriah Mohamed sempena bulan kelahirannya. Hai kak. Selamat berkenalan ya :)

Klik banner untuk join
Syarat giveaway ni sangat simple. Tak susahkan korang dan tak bazirkan masa korang. Jadi apa tunggu lagi? Join laaa!

TARIKH TAMAT : 31 OKTOBER 2018

P/s: Happy birthday to kak Mazuriah. Semoga selalu dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Dan yang paling penting, semoga sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangimu. Aminn~

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

October 12, 2018

Assalamualaikum. Hi semua.

Ni Giveaway ke-2 I join hari ni. Masa tengah blogwalking tadi ternampak post GA ni dan terus join. Nasib baik tak tamat lagi. Korang yang belum join, jom la kita meriahkan lagi GA anjuran sis Syafyqah ini.

Okay jom proceed. Ini bannernya :

Klik banner untuk join tau
Ni antara syarat-syarat giveaway. Simple je tak perlu buat banyak benda dan tak menyusahkan. Again, sila lah join hehe

1. Follow blog shfyqhazhr - (click here*wajib

2. Follow ig & FB - @shfyqhazhr | Shafyqah Azahar *takwajib

3.Copy banner dan buat satu entry bertajuk GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM *(please backlink to this post) *wajib

4. Dalam entry penyertaan boleh komen mengenai blog sha ; kekurangan blog sha / apa yang perlu ditambah atau dibuang! & kalau korang rajin lagi bolehlah komen di entry entry lama sha hehehe *takwajib

5. Jangan lupa tinggalkan link entry korang kat komen di post ni!

Komen tentang blog Sha:
1. To be frank, takde apa sangat pun untuk dikritik sebab blog tu dah memang style minimalist kan. Tak serabut. Tenang je tengok dan nak baca entry pun senang. Susunan widget pun teratur je semua. Haha so yeah. Sha, awak lagi lama berblogging so kalau saya nak komen pun macam tak layak kihkih 

2. Pasal content pulak, best je baca sebab macam-macam ada. Resepi, drama, beauty and banyak lagilah. Maksudnya tak bosan la baca blog sha ni. But, kalau boleh sila anjurkan banyak lagi giveaway hehehe

Rasanya itu je lah untuk post kali ni. Btw, thank you Shafyqah sebab anjurkan GA ni sebab saya suka hadiahnya. Planner tu comel dan agak useful jugak untuk kita semua.

Siapa-siapa yang nak tengok hadiah, ni haa hadiahnya. Comel kan??


Apa lagi? jom la join giveaway ni. Tarikh tamat pada 31 Oktober 2018. Ada masa lagi gais. Jom!

GPC Kawaii Octopus Giveaway

October 12, 2018

Assalamualaikum. Hai korang!

Hari ni terlebih rajin untuk join giveaway. Nasib baik sempat join sebab due date dia 14 OCT 2018!! So siapa yang tak join lagi, moh ler kita sama2 sertai..

Klik banner untuk join
Aku tertarik nak join sebab hadiah giveaway ni gaiss! Sangat comel. Kau bayangkanlah octopus ada mustache. Korang tengok sendiri la kecomelan hadiah2nya.


Paling suka yang ni sebab ada misai haha
   

Comel kan? Haa kan betul. Inshaa Allah kalau ada rezeki, dapat la I merasa peluk natang ni. Kalau takde, kita join giveaway yang lain. Have a nice day semua. Bye~

I'm Back With New Layout!

October 12, 2018

Assalamualaikum.. Hai gaiss long time no see~

Baru I tahu buat kerja kahwin ni tersangattttlah menguji kesabaran, kekuatan mental dan emosi. STRESS!! Seorang Hana baru nak kenal dunia ya kawan2. Dia masih shocked dengan apa yang terjadi. Let her take a break for awhile.
.
.
Okay.
.
.
Fuhhh! Kalau nak ikut, memang banyak benda nak luah kat sini tapi nanti lah di lain waktu. Nak susun ayat dulu bagi sedap, content nak bagi garing sikit hahaha~ So today just nak inform korang yang aku dah kembali. (tiada siapa kisah ya saya tahu) *i welcomed myself bhahaha

Tadi baru lepas reply komen-komen korang. OMG!! I'm speechless. Thank you so much diatas ucapan yang telah diberikan di post sebelum ni. To be frank, I didn't expect ramai bagi respond to my previous post. Anyway, terima kasih sangat-sangat!!. I really appreciate it! Saya terharu, really..


Last, I nak tanya. Apa pendapat korang tentang blog I yang dah berwajah baru ni? Okay tak? Serabut tak? 2 jam jugak lah habiskan masa edit/decorate blog yang dah lama menyepi ni. Huh penatt.  Have a great day semua. Bye~