5 Months Left For My Wedding??

July 07, 2018

Assalamualaikum. Hai semua.

I jarang sangat nak berkongsi personal life I tapi kali ni agak berbeza sebab I perlukan sebanyak mungkin sokongan dan nasihat dari korang semua agar I dapat menjalani fasa persediaan perkahwinan dengan tenang (Gittew!) InshaAllah.

Di usia yang baru menjejaki 21 tahun ini bukanlah sesuatu yang normal (bagi I la) untuk memikirkan soal jodoh apatah lagi soal rumah tangga. Ramai yang sebaya I sibuk melanjutkan pelajaran, memikirkan soal kerjaya takpun sedang aktif mengumpul harta. I yakin semua ini rezeki yang telah ditetapkan dan I akan menerimanya dengan hati terbuka . (walaupun dikecam orang sekeliling sebab kahwin awal dan belum ada kerjaya) Kihkih rezeki orang lain-lain ye dak??

Back to the point, my wedding preparation. Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, tinggal lagi 5 bulan sahaja sebelum majlis berlangsung. I ulang, 5 BULAN GAIS!!  Punyalah leka dengan duniawi aisehh nasib baik separuh persiapan dah buat awal-awal dulu. Kalau tak, memang postpone kahwin la jawabnya. Kesian encik tunang kena tunggu lagi setahun kihkih 

Antara persiapan yang dah dibuat : -

 Tempah dewan
 Pelamin
 Tempah baju nikah
 Pilih baju sanding
 Book makeup artist
 Book Photographer

Yang tak siap lagi ialah catering, doorgift dan kad kahwin.

Catering tu dah ada cuma tak tempah lagi sebab my family masih mengira jumlah jemputan. Since kitorang baru je pindah dari KL ke Penang, so agak sukar untuk kami estimate tetamu yang boleh dan bakal hadir. Nak harapkan jiran baru pun berapa kerat lah sangat kan. Kawan? So far I belum ada kawan kat Penang . So memang susah nak bajet makanan supaya tak terlebih tempah dan membazir. Bazir makanan dan bazir duit hmm . Doorgift, idea dah ada, bajet pun dah ada, cumanya kami tak jumpa lagi supplier yang available (masih mencari). Kad kahwin InsyaAllah bulan depan dah settle.

Persiapan berbentuk dokumentatif (sijil kursus kahwin, borang permohonan nikah etc) so far semua belum settle sebab semuanya kena tunggu sijil kursus kahwin which I akan hadiri pada 28-29hb Julai ini di Pejabat Agama Seberang Perai. I pergi dengan adik since dia pun macam dah tak lama lagi dah . Harap semuanya berjalan lancar. Korang doakan I ya 

To be honest, I sangat cuak dan gelabah setiap kali fikir pasal ni. Yelah, dah nak masuk alam baru. Macam-macam nak kena prepare dari segi mental dan fizikal termasuklah hal-hal yang berkaitan ilmu perkahwinan dan skill rumah tangga. Kalau korang ada pengalaman, share la 

Okay ini sahaja untuk kali ni, bye korang