Pengalaman Seram : Quarters Polis (Part 1)

April 10, 2018

Assalamualaikum. Wazzup gais!

Almost a week I posted nothing on my blog so now I want to share my 'seram-sejuk' experiences to you guys. Bukan apa, tiba-tiba ter-throwback pulak huhu
Gambar sekadar hiasan. Kalau ikut kan, quarters polis yang I duduk tu warna purple. Woops~
I ni anak polis tau (now ayah dah bersara) so memang selalu hidup nomad berpindah-randah ni. Siapa-siapa yang anak polis mesti faham situasi ni. Long story short, my dad naik pangkat so kami sekeluarga kena pindah ke KL from JB. Masa tu tahun 2008 (I was 11 y/o). Masa kat KL tu, we stayed at one of the police quarters (Tingkat 16, rumah hujunggg sekali sebelah tangga kecemasan) area Pantai Dalam and kat situ lah bermulanya pengalaman seram ni. FYI, ni berdasarkan pengalaman sebenar me and my family.

Kisah 1 : First Night
Guys, hari pertama pun dah kena kacau okayy! Biasa la first day mestilah kemas-kemas kan. Sampai malam mengemas tak habis satu family. Tengah kemas tu, tiba-tiba lampu terpadam. Teraba-raba la I dalam gelap. Kipas okay je berpusing. Letrik pun ada je cuma lampu sahaja yang terpadam. Adik I dah menangis sebab dia sorang je dalam bilik. Takut kot. Nasib baik we all ada spare lampu kalimantang yang siap wire skali tu so pasang yang tu je. My dad buka pintu sebab nak tengok rumah jiran ada letrik ke tak but he said only our house yang gelap. Lampu kat luar semua menyala. Hurm pelik. But masa tu tak fikir apa sangat sebab tak tahu ada 'benda'. Then we all pun tidur macam biasa sampai pagi berbekalkan satu lampu tu je. Esok tu elok je semua lampu menyala. Mungkin itu sebagai tanda 'salam perkenalan' dari 'dia' la kot. Mungkin..

Kisah 2 : Bergaduh
Dah 2-3 bulan duduk situ, semua okay je takde gangguan. Tapi lepas tu, I kerap dengar my mom and dad bergaduh malam-malam kat bilik diorang. I dengan sorang adik (Elin) tidur bilik sebelah. Oh ya rumah tu ada 3 bilik. Bilik last tu 2 orang lagi adik I (Tasya & baby) tidur situ. Malam-malam I dengar jelas gila my parents gaduh. Tapi I buat dunno je sebab malas nak layan + ngantuk. Esok tu bila I tanya parents, diorang terkejut sebab diorang tak gaduh pun semalam and my mom pun tidur awal since dia tengah pregnant adik yang bongsu masa tu. Tapi masa tu I okaykan aje la sebab ingat my parents nak hide yang diorang gaduh. But then.. Ada satu hari tu I balik sekolah, Elin terus tanya I, "kakak dengar mama gaduh tak semalam?" I cakap tak perasan pulak. Then dia cerita, semalam dia dengar parents kitorang gaduh so dia pergi la bilik diorang. Dia buka je pintu, bilik gelap and dia nampak diorang tengah tidur. Yang buat dia lagi takut, bunyi orang gaduh tu masih jelas kat bilik tu seolah-olah memang ada orang gaduh depan dia. Dia terus tutup pintu and tidur sebelah I.

Kisah 3 : Menyamar
Okay yang ni I meremang sikit sebab diri sendiri yang kena. Masa tu I kat bilik tengah baring. Penat baru habis koko huhu. I terbangun dari nap and tengok pintu terbuka. I pun biar je la. Masa tu nak maghrib. I yang mamai-mamai lagi ni duduk la termenung dulu atas katil sebelum nak gi mandi. Tetiba ada orang lalu depan bilik I ke bilik my parents. FYI, kalau nak pegi bilik parents, kena lalu depan bilik I. So, I was like.. eh lajunya mama jalan? I pun pergi la tinjau bilik parents. I nampak my mom tengah duduk atas katil termenung. Dah kenapa pulak tu muka sedih. I pun pergi la duduk sebelah dia and tanya "kenapa ma?" My mom diam je pandang I. Alahai gaduh dengan ayah ke apa ni. I nampak ada something yang pelik kat my mom. I pun tanya, "Eh kenapa perut kempis?" Lepas tanya, terus meremang. Baru tersedar dari mamai! Baru teringat yang my parents takde keluar beli makan. I sorang je kat rumah sebab taknak ikut diorang semua. Kau bayangkan la eh, mak kau tengah sarat mengandung tapi pompuan depan kau ni perut kempis dan muka sebijik muka mak kau. Gais, walau siapa pun kat depan I masa tu, I tak berani nak pandang muka dia. Kaku weh. Ada la dalam 10 saat kat situ. Dari ekor mata nampak dia macam nak mendekat dengan I, Apa lagi, terus lari keluar dari bilik sambil nangis. I siap keluar rumah pergi rumah jiran. Rumah Cik Wan yang duduk selang satu rumah dari rumah kitorang. Cik Wan terus call my dad sebab dia tengok I pucat je dan nangis-nangis. I cerita kat my family after that but they were like, "Haa tidur lagi time maghrib. Setan je tu main-main dengan perasaan kakak." I pun macam, okay baiklah sebab betul la tu kot. Lagipun tengah mamai masa tu dan tak berapa sure apa yang I nampak. Boleh jadi it was just a side effect after taking a long nap maybe?

Kisah 4 : Main Guli
Kes dengar bunyi guli ni dah lama since baru pindah lagi but tak ambil port sangat sebab we all still boleh tolerate with the fact biasa la budak2 main guli. But benda ni jadi tak boleh tolerate when tengah-tengah malam pun bunyi guli kuat gila came from house above us. Guli tu macam dicampak-campak melantun tu ha. Esok tu my mom pergi la rumah atas ikut tangga kecemasan tu sebab nak pesan dengan dia jangan bagi anak main guli waktu malam sambil-sambil tu nak kenal la jiran atas since kitorang tak pernah bertegur sapa. My mom pun pergi la weekend tu, naik tangga atas sorang-sorang sebab anak-anak sekolah and my dad pergi kerja. Sampai je depan rumah atas, zuupp.. Darah naik sampai kepala dia punya meremang sebab my mom said rumah tu berhabuk tebal gila macam dah lama tinggal kosong. Maksudnya bunyi guli tu bukan dari... erm okay. Sejak tu baru la my mom start percaya cerita anak-anak dia. Sebelum ni buat tak endah je huhu Cuma my dad je la yang still rasa semua tu perasaan kitorang je just because dia tak pernah kena kacau lagi. Huhu

Ada banyak lagi kisah. Nanti I sambung. Nak siap-siap pergi kerja. Bye korang~


You Might Also Like

24 comments

  1. wahh nak tau next story plk.. X sabarnye.. I suke baca kisah2 mistik camni.. Tq kongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once dh free nanti I sambung ya :) you're welcome Iris Myra~

      Delete
  2. Replies
    1. Agak la.. Bila ingat balik mesti meremang huhu

      Delete
  3. Alamak.. bunyi guli.. seramnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram la jugak sbb kita tahu 'siapa' yg main guli tu..

      Delete
  4. Hello my friend.
    May this Wednesday be nice.
    Teb.

    ReplyDelete
  5. Uish seramnya part yg menyamar tu.. Nasib baik sempat lari TAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. kalau tak, tak tahu la macam mana huhu T_T

      Delete
  6. cepat cepat sambung. tak sabar nak baca lagi :) salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alright. Done sambung :) Salam perkenalan juga~

      Delete
  7. Selalunya jika bunyi guli melantun2 kat tingkat atas memang ada makhluk halus bermain-main.. Sebabnya rumah saya pun camtu jugak, bunyi guli bergolek-golek dan melantun, memang tak logik la terjadi sebabnya rumah saya nie jenis teres satu tingkat.. Tapi makhluk halus sememangnya wujud sebelum kita jadi sekarang dah biasa dengan bunyi sebegitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dengar bunyi guli jgk? Seram kan bunyi dia huhu sekarang pun saya dah biasa kalau dengar bunyi guli. Buat tak tahu je :D

      Delete
  8. Replies
    1. huhu memang meremang even masa type :3

      Delete
  9. ish terbaca pulak kisah ni memalam mcm ni =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe jgn mengigau sudahh~ Lagipun cerita ni dh lama.. dh tak seram huhu

      Delete
  10. meremang part menyamar tu haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm memang btul2 meremang masa tu.. Nasib I sempat lari huhu

      Delete
  11. Kalau ada bunyi guli tu memang 'ada benda' tu. Safiena memang minat topik seram ni. Almost tiap malam tengok live paranormal activity haha!

    https://safienatidlywinkle.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kan sbb mmg rmai ckp klau bunyi guli tu msti ada benda huhu.. Uish stiap malam tgk? tak takut ke hahaha

      Delete
  12. Owh tuhan..I Rasa nak pengsan utk u huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kak ct, I dh bro kali pengsan dh hahaha tapi mmg seram masa tu eeeii

      Delete