Install Apps Ini dan Redeem makanan percuma di McD

April 30, 2018

Assalamualaikum. Hai korang.
Alert : Ini bukan scam atau iklan tak guna yang asyik duk menipu orang tu ya. Ni betul-betul korang akan dapat manfaat kalau ikut step yang betul.
Sekarang ni McD tengah buat promosi di mana korang akan dapat makanan free dan potongan harga beberapa untuk menu terpilih. Caranya mudah sahaja korang hanya perlu redeem. Macam mana nak redeem? Haa anda berada di tempat yang betul hehe XD Meh sini sis ajar korang.

Step 1 : Search for the McDonald's app on

Step 2 : Download the McDonald's app
Make sure download app yang logo macam ni okay!
Step 3 : Register your account
Klik 'read more' then register je. Masukkan email and password.
Step 4 : Start redeeming your FREE McChicken & other exclusive offers
Dan sekarang korang pun dah boleh redeem with any purchase in McD. Ala kalau nak jimat, beli aiskrim cone yang RM1 tu pun dah boleh redeem McChicken yang bernilai RM5 tu. Bila klik redeem tu, dia akan keluar code, just show the code to the McD crew okay.

PERHATIAN : Once korang dah klik 'redeem', korang ada masa around 5 mins sahaja untuk redeem. So kalau nak redeem, make sure dah ada kat depan counter McD baru klik button 'redeem' tu okay. And remember, korang hanya boleh redeem sekali je but still worth it la kan.

GRAB YOURS NOW!

Feel free to comment or ask anything kalau tak faham or kurang jelas okay. I memang nak tolong korang dapatkan benda best-best macam ni :) And kalau korang ada tahu pasal ganjaran hebat yang lain, please share with me okayy~

Pengalaman Seram : Quarters Polis (Part 2)

April 14, 2018

Okay sambung. Ini part 2 (Last part). So kalau tak baca lagi part 1, klik > Sini <

Macam biasa, gambar sekadar hiasan 

Kisah 5 : Masak Air Panas
This one happened to my mom. Ada satu malam tu my mom was so thirsty so dia pun pergi la dapur nak minum air sejuk. Sampai kat dapur, dia buka peti ais. My mom pelik sebab peti ais tu tak sejuk. Air pun mengalir kat bawah macam dah lama peti ais tu off. Dia check la suis and yes memang tak on. My mom pun switch on lepas tu dia duduk kat ruang tamu sambil tunggu air sejuk. Ada la dalam 10-15 minit. Then my mom pergi dapur balik untuk minum air yang dia letak dalam freezer tu (supaya cepat sejuk). She was shocked because again peti ais tu off. And yang lagi menakutkan... Kettle tetiba bunyi 'tap' sebab air dah mendidih... Gais, air tu memang mendidih gais! FYI, plak kettle dan peti ais kongsi satu suis tau. So mustahil my mom salah on plug sebab my mom memang sure yang dia on refrigerator punya suis (sebab lampu dalam peti ais tu menyala). But bila dia check balik, ada orang cabut plug peti ais and pasang plug kettle. Huhuhu Sepanjang perjalanan dari dapur ke bilik, dia berharap sangat ada la at least sorang yang terbangun so dia boleh assume orang tu yang masak air. But guess what? Semua tengah tidur and my mom was the only one who were awake. I dengar pun meremang apatah lagi my mom yang mengalaminya. She went to sleep without drink any water pun. Takut punya pasal.

Kisah 6 : Bisik
This time, I yang kena. Tak tahu kenapa 'dia' suka sangat kacau I huhu. Klau tak silap, masa tu bulan puasa. I tengah buat kuih raya kat ruang tamu sambil tengok tv. Parents takde sebab pergi beli makan untuk berbuka nanti. Adik semua ikut my parents. Tengah sedap-sedap I buat kuih raya, tetiba dengar bunyi angin. Sebelum ni pun ada bunyi angin tapi bunyi kali ni dia pakej dengan tegaknya bulu roma. I jadi seram-sejuk but biarkan je sebab budak lagi masa tu. I pun sambung tengok TV. Dalam seminit lepas tu, bunyi angin tadi datang balik and guess what gais? Ada benda bisik kat telinga! (Telinga kanan). Itu tak cukup seram lagi. Yang lagi seram.. I boleh rasa bibir 'dia' kat telinga..... Wehh meremang okayyy! I terus nangis (agaknya memang cengeng kot waktu kecik kihkih) but kali ni tak pergi la rumah jiran. I call my dad suruh balik cepat. My dad tanya kenapa then I told him everything. Diorang pun cepat-cepat balik. My family cerita, masa dorang balik tu, I tak sedarkan diri. Pengsan ke tidur tak tahu la. I pun dah lupa huhu But kalau nak diingatkan, memang still dapat bayangkan betapa jelasnya I rasa bibir 'dia' kat kulit telinga I. Sejuk..
p/s: Orang kata bulan puasa setan kena ikat. Somebody boleh terangkan tak why I kena kacau time bulan puasa? Hurmm.. Ke tu perasaan I je?
Kisah 7 : Kawan
Normal la kan kalau adik-adik kita ada kawan imaginasi dia. Adik I (Baby) kerap jugak la cakap sorang-sorang so kitorang assume dia ada kawan imaginasi and we were all okay with that sebab makin dewasa, benda tu akan hilang kan? But benda ni jadi tak okay bila adik I start describe pasal 'kawan' dia tu. My mom la tak berapa sedap hati setiap kali my mom tanya pasal kawan Baby, dia cakap kawan dia tu tua, rambut panjang putih pastu mata terjegir. Gais, the 'best' part is, adik I cakap 'kawan' dia tu selalu tergantung kat tingkap bilik my parents... dalam keadaan terbalik kaki kat atas kepala kat bawah.... Even I tak nampak, tapi macam bangang je I pergi imagine benda tu based on apa yang baby describe. Baby cakap 'dia' selalu tengok my parents tidur. Huwaaa seram!! My mom tanya la "is she (nenek tua tu) really your friend?" Pastu baby jawab, "Taknak kawan dia dah. Dia selalu marah baby pastu kacau baby tidur." Baby was only 4 y/o gais takkan dia nak menipu pule hmm

Kisah 8 : Melantun Atas Katil
The victim was my mom. My mom kan mengandung so dia cepat letih tau. Buat kerja sikit, terus nak rehat. Ada satu hari tu, my mom penat kemas rumah then dia pun pergi la bilik dia and dia terus hempaskan badan atas katil. Lega la dapat rehat. Tapi lepas 5 saat (anggaran) tilam yang my mom baring tu melantun lagi sekali. It's like ada orang hempas badan jugak atas katil tu. Tapi bila tengok takde siapa pun. My mom apa lagi, cepat-cepat dia bangun dari katil nak belah dari bilik tu. Kalau korang perasan, bila kita nak bangun dari katil kan akan ada bunyi besi katil tu kan. Bila my mom dah sampai kat pintu, katil tu sekali lagi berbunyi macam ada orang bergerak2 kat atas katil. Eeiii Seram!
Actually banyak lagi kisah seram kat rumah tu. Bila fikir balik, I pun tak tahu la macam mana my family boleh survive setahun duduk rumah tu bersama dengan 'housemates' kitorang. Last-last tu my family dah tak tahan so we moved to other place and found a better house to stay. Kalau I rasa nak sambung cerita kisah seram yang lain, I akan sambung. But for now cuma nak share ini sahaja dulu la sebab ini antara yang I paling ingat dan tak akan lupaa huhu..

Thanks for those yang sudi baca pengalaman I ni. I just nak berkongsi cerita je. :) See you next time okay. Bye~

Pengalaman Seram : Quarters Polis (Part 1)

April 10, 2018

Assalamualaikum. Wazzup gais!

Almost a week I posted nothing on my blog so now I want to share my 'seram-sejuk' experiences to you guys. Bukan apa, tiba-tiba ter-throwback pulak huhu
Gambar sekadar hiasan. Kalau ikut kan, quarters polis yang I duduk tu warna purple. Woops~
I ni anak polis tau (now ayah dah bersara) so memang selalu hidup nomad berpindah-randah ni. Siapa-siapa yang anak polis mesti faham situasi ni. Long story short, my dad naik pangkat so kami sekeluarga kena pindah ke KL from JB. Masa tu tahun 2008 (I was 11 y/o). Masa kat KL tu, we stayed at one of the police quarters (Tingkat 16, rumah hujunggg sekali sebelah tangga kecemasan) area Pantai Dalam and kat situ lah bermulanya pengalaman seram ni. FYI, ni berdasarkan pengalaman sebenar me and my family.

Kisah 1 : First Night
Guys, hari pertama pun dah kena kacau okayy! Biasa la first day mestilah kemas-kemas kan. Sampai malam mengemas tak habis satu family. Tengah kemas tu, tiba-tiba lampu terpadam. Teraba-raba la I dalam gelap. Kipas okay je berpusing. Letrik pun ada je cuma lampu sahaja yang terpadam. Adik I dah menangis sebab dia sorang je dalam bilik. Takut kot. Nasib baik we all ada spare lampu kalimantang yang siap wire skali tu so pasang yang tu je. My dad buka pintu sebab nak tengok rumah jiran ada letrik ke tak but he said only our house yang gelap. Lampu kat luar semua menyala. Hurm pelik. But masa tu tak fikir apa sangat sebab tak tahu ada 'benda'. Then we all pun tidur macam biasa sampai pagi berbekalkan satu lampu tu je. Esok tu elok je semua lampu menyala. Mungkin itu sebagai tanda 'salam perkenalan' dari 'dia' la kot. Mungkin..

Kisah 2 : Bergaduh
Dah 2-3 bulan duduk situ, semua okay je takde gangguan. Tapi lepas tu, I kerap dengar my mom and dad bergaduh malam-malam kat bilik diorang. I dengan sorang adik (Elin) tidur bilik sebelah. Oh ya rumah tu ada 3 bilik. Bilik last tu 2 orang lagi adik I (Tasya & baby) tidur situ. Malam-malam I dengar jelas gila my parents gaduh. Tapi I buat dunno je sebab malas nak layan + ngantuk. Esok tu bila I tanya parents, diorang terkejut sebab diorang tak gaduh pun semalam and my mom pun tidur awal since dia tengah pregnant adik yang bongsu masa tu. Tapi masa tu I okaykan aje la sebab ingat my parents nak hide yang diorang gaduh. But then.. Ada satu hari tu I balik sekolah, Elin terus tanya I, "kakak dengar mama gaduh tak semalam?" I cakap tak perasan pulak. Then dia cerita, semalam dia dengar parents kitorang gaduh so dia pergi la bilik diorang. Dia buka je pintu, bilik gelap and dia nampak diorang tengah tidur. Yang buat dia lagi takut, bunyi orang gaduh tu masih jelas kat bilik tu seolah-olah memang ada orang gaduh depan dia. Dia terus tutup pintu and tidur sebelah I.

Kisah 3 : Menyamar
Okay yang ni I meremang sikit sebab diri sendiri yang kena. Masa tu I kat bilik tengah baring. Penat baru habis koko huhu. I terbangun dari nap and tengok pintu terbuka. I pun biar je la. Masa tu nak maghrib. I yang mamai-mamai lagi ni duduk la termenung dulu atas katil sebelum nak gi mandi. Tetiba ada orang lalu depan bilik I ke bilik my parents. FYI, kalau nak pegi bilik parents, kena lalu depan bilik I. So, I was like.. eh lajunya mama jalan? I pun pergi la tinjau bilik parents. I nampak my mom tengah duduk atas katil termenung. Dah kenapa pulak tu muka sedih. I pun pergi la duduk sebelah dia and tanya "kenapa ma?" My mom diam je pandang I. Alahai gaduh dengan ayah ke apa ni. I nampak ada something yang pelik kat my mom. I pun tanya, "Eh kenapa perut kempis?" Lepas tanya, terus meremang. Baru tersedar dari mamai! Baru teringat yang my parents takde keluar beli makan. I sorang je kat rumah sebab taknak ikut diorang semua. Kau bayangkan la eh, mak kau tengah sarat mengandung tapi pompuan depan kau ni perut kempis dan muka sebijik muka mak kau. Gais, walau siapa pun kat depan I masa tu, I tak berani nak pandang muka dia. Kaku weh. Ada la dalam 10 saat kat situ. Dari ekor mata nampak dia macam nak mendekat dengan I, Apa lagi, terus lari keluar dari bilik sambil nangis. I siap keluar rumah pergi rumah jiran. Rumah Cik Wan yang duduk selang satu rumah dari rumah kitorang. Cik Wan terus call my dad sebab dia tengok I pucat je dan nangis-nangis. I cerita kat my family after that but they were like, "Haa tidur lagi time maghrib. Setan je tu main-main dengan perasaan kakak." I pun macam, okay baiklah sebab betul la tu kot. Lagipun tengah mamai masa tu dan tak berapa sure apa yang I nampak. Boleh jadi it was just a side effect after taking a long nap maybe?

Kisah 4 : Main Guli
Kes dengar bunyi guli ni dah lama since baru pindah lagi but tak ambil port sangat sebab we all still boleh tolerate with the fact biasa la budak2 main guli. But benda ni jadi tak boleh tolerate when tengah-tengah malam pun bunyi guli kuat gila came from house above us. Guli tu macam dicampak-campak melantun tu ha. Esok tu my mom pergi la rumah atas ikut tangga kecemasan tu sebab nak pesan dengan dia jangan bagi anak main guli waktu malam sambil-sambil tu nak kenal la jiran atas since kitorang tak pernah bertegur sapa. My mom pun pergi la weekend tu, naik tangga atas sorang-sorang sebab anak-anak sekolah and my dad pergi kerja. Sampai je depan rumah atas, zuupp.. Darah naik sampai kepala dia punya meremang sebab my mom said rumah tu berhabuk tebal gila macam dah lama tinggal kosong. Maksudnya bunyi guli tu bukan dari... erm okay. Sejak tu baru la my mom start percaya cerita anak-anak dia. Sebelum ni buat tak endah je huhu Cuma my dad je la yang still rasa semua tu perasaan kitorang je just because dia tak pernah kena kacau lagi. Huhu

Ada banyak lagi kisah. Nanti I sambung. Nak siap-siap pergi kerja. Bye korang~


Review : The Body Shop Strawberry Bath Gift Set

April 01, 2018

Assalamualaikum. Hai korang.

Nah tengok gambaq dulu. Kita nak review pasal benda ni.

This is basically The Body Shop punya shower set la. I dapat ni as hantaran tunang hari tu (18.3.2018) but baru sekarang ada kesempatan untuk pakai Hehe. First of all, I am not a big fan of TBS products simply because I pernah try one of theirs but I don't like it at all. Lepas tu I terus assume that all products from this brand tak best hahaha (sooo jugdemental!) Guys, don't be like me.

Memandangkan this was a gift, so I don't really know the price. Korang boleh google sendiri atau klik Sini untuk tahu harga dia. I just nak buat simple honest review je sebenarnya.

1.  TBS SHOWER GEL
Masa mula-mula titis kat tapak tangan, I was pretty impressed by the scent because I thought it would smell like strawberry yang masam tu. Ala yang macam bau masam2 buah tu. Faham tak? But this one, bau strawberi yang jenis bau manis. Senang cerita, I like it but too bad it is not lasting long as I expected. Only last about 1-2 hours! So, for me I will use this product only at night before sleep.

2. TBS SOAP SAVON
Ni sabun buku. Biasa-biasa je sama macam sabun buku yang lain. Bau pun tak kuat sangat. Boleh la guna kalau nak bersihkan badan korang dari bau-bauan yang tak menyenangkan. Gitteww.

3. TBS SOFTENING BODY POLISH
Yang ni I undoubtedly give 5 stars 5 moons (haa amek kau!) because it DOES soften your skin. Memang korang akan rasa hasilnya straight away lepas guna. Even korang dah lap badan pun still lembut lagi. Hebat tak hebat? Bau sama je macam shower gel tadi bezanya yang ni dia ada biji-biji macam scrub tu dan ada bijik strawberi sekali jugak ya! Sumpah best gila.

4. TBS BODY BUTTER (READ: BODY LOTION)
Yang ni pulak korang boleh nampak sendiri kulit korang akan glowing tetiba hahaha Okay2 ni serious. Memang bila apply kat kulit, kulit akan makin licin + lembut and not to mention glowing. I'm not sure whether it will whiten up your skin or not but rasanya tak kot. So far I guna (apply before sleep) esok bangun pagi memang kulit jadi lembut. Bau? This body butter buat korang rasa nak jilat2 je benda ni. Bau dia sangat manissss (macam susu Dutch Lady strawberi pun ada) and yang bestnya, pakai sikit pun bau dah harum satu bilik.

Okay done! Harap review ni membantu korang membuat pilihan yang tepat untuk beli atau tak :)

P/s : For those yang memang guna The Body Shop punya products, boleh suggest tak product apa yang best? Sebab I rasa macam nak try this brand la pulak haha