10 Fakta Perlu Tahu Tentang China (No 2 paling rare!)

November 27, 2018

Related image
Hi Assalamualaikum.

Ramai orang tahu bahawa negara China merupakan antara negara terbesar di dunia dan menyimpan pelbagai bentuk sejarah yang berpengaruh pada kehidupan negaranya saat ini. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa China mempunyai banyak fakta yang menarik dan tiada penghabisannya.

Ini adalah antara fakta yang I rasa paling menarik dan ada yang I baru tahu hehe. Saja nak berkongsi informasi~

10 Fakta Menarik Tentang China

1. Penganut Kristian di China lebih ramai daripada penganut Kristian di Italy.

2. Lebih 4000 bayi yang dilahirkan pada tahun 2008 dinamakan "Olympic Games" oleh ibu bapa mereka kesan daripada sukan olimpik pada tahun tersebut.

3. Lebih 45 billion "chopsticks" digunakan setiap tahun.

4. Panda yang berada di seluruh zoo di dunia bukanlah hak milik negara ataupun zoo tersebut tetapi masih sepenuhnya milik negara Cina. Cina hanya meminjamkan haiwan putih & hitam tersebut ke zoo seluruh dunia. Jika ada panda yang melahirkan anak di luar negara Cina, maka anak tersebut harus segera dihantar ke Cina.

5. Pada tahun 2025, China akan mempunyai 10 bandar bersaiz New York akibat daripada peningkatan populasi.

6. Seramai 200 juta penduduk China hidup berbekalkan hanya $1 (atau kurang) sehari.

7. Lebih 700 juta orang minum air yang kotor dan tercemar.

8. Sungai ke-4 terpanjang di dunia ialah Sungai Yangtze yang terletak di China.

9. Lebih 50% barangan palsu di EU datang daripada China.

10. Warna putih menjadi simbol berdukacita bagi orang Cina, termasuk dalam acara pemakaman.

Pelakon Harry Potter Dulu dan Kini 2018

November 24, 2018

Hi Assalamualaikum.

Siapa je dalam dunia ni yang tak pernah tengok Harry Potter kan? Like hello, HP tu sangat overrated! Walaupun dah habis series, tapi ramai jugak yang masih ulang tengok movie tu (Contohnya, saya). Masa I kecik-kecik dulu, I ada crush on Fred & George sebab diorang kelakar dan suka kenakan orang. Not to mention masing-masing muka comel haha. Siapa yang korang paling minat?

Pernah terfikir tak rupa bekas pelakon-pelakon Harry Potter pada masa kini? Ye lah dulu masa tengok dalam wayang, semua budak-budak lagi, sekarang semua dah tua. Jom tengok diorang yang dulu dan sekarang.

Related imageRelated image
Related image
Related imageRelated image
Related imageRelated image
Related imageRelated image
Related imageImage result for tom felton 2018
Related imageRelated image
Related imageRelated image
Related imageRelated image
Kan I dah cakap, muka masing-masing berubah. Makin cantik makin Handsome~ Rasanya dah boleh move on kot dari Harry potter sebab kita dah ada Fantastic Beast to catch up. Memang tak akan dapat gantikan HP tapi atleast dapat lepas rindu sebab filem FB tu pun ada kena-mengena dengan HP. 

Have a nice day korang ~

Salam Jumaat : Kelebihan Berselawat Pada Hari Jumaat

November 23, 2018

Hi semua. Assalamualaikum.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)"
- Riwayat Al-Baihaqi

15 Fakta Menarik Tentang Islam (No 12 paling Wow!)

November 21, 2018

Assalamualaikum. Hai semua.

Berikut merupakan beberapa fakta yang menarik tentang Islam yang mungkin ramai yang tidak tahu. Banyak jugak yang I baru tahu lepas baca tadi jadi I nak share fakta menarik ni dengan korang semua pulak.


Fakta Menarik Tentang Islam :
1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia sekali gus telah menewaskan nama paling popular di Britain iaitu Jack dan Harry.

2. Albania merupakan satu-satunya negara Islam di Benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Perkataan berikut diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab iaitu Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perkiraan matematik). Perkataan “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Umat Hindu percaya bahawa salah satu tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam” berada di dalam Kaabah.

7. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

8. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah seorang pencuri tersebut telah dihilangkan dari muka bumi oleh Allah SWT.

9. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh seorang arkeologi ,Giovanni Battista Belzoni pada tahun 1817 iaitu setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

10. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar, sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

11. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

12. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

13. Nabi Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

14. Nama asal kota suci Madinah adalah “Yasthrib”.

15. Makam Nabi Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Nabi Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah.

Sumber : 1, 2, dan 3

Hadiah Birthday Giveaway by Mazuriah Mohamed Sudah Sampai!

November 21, 2018

Assalamualaikum. Hai korang.

Alhamdulillah sejak kebelakangan ni banyak berita baik yang I terima. Salah satunya ialah berita tentang I telah memenangi Birthday Giveaway by Kak Mazuriah. Yeay! Dan tadi parcel yang ditunggu-tunggu telah pun sampai.

Thank you so much Kak Mazuriah. I really appreciate it. Gais, Kak Mazu ni sangat generous ya sebab dia bukan bagi I satu atau dua hadiah, tapi EMPAT hadiah! Isn't she lovely? Hehe Thank you kak Mazu :D
Souvenirs from Kak Mazu. Thank you!

Segmen Blog Review 2018 by Shuhaida Saad

November 19, 2018

Hi Assalamualaikum semua.
Klik banner untuk join!
Dulu I pernah join Segmen Bloglist by Kak Shu. Now I join pula Segmen Blog Review ni. Kak Shu memang rajin buat segmen hehe. Lepas ni kalau dia buat Giveaway confirm I join jugak haha

Since Kak Shu akan review blog kawan-kawan blogger dia, I pun nak review blog kak Shu lah! Tapi review sikit-sikit je sebab dia otai kita ni newbie lagi hehe

Review Blog Shuhaida Saad :
Masa I mula-mula buat blog, segmen bloglist Kak Shu lah antara post terawal I kat blog ni. Dan Kak Shu jugak antara orang terawal yang follow I waktu I takde followers dulu kihkih Terima kasih Kak Shu! I tak ingat macam mana boleh jumpa blog kak Shu dulu tapi I suka sebab kemas je tengok tak serabut. Info pun banyak dalam blog tu so I decided to follow her terus. Tapi kalau tak silap I, blog kak Shu ni banyak kali jugak tukar template blog kot sebab last time I visit macam lain je template dia. Ke I yang khayal? hahaha Anyway, semoga Kak Shu terus istiqomah dalam menyampaikan info-info yang berguna dalam blog kak Shu. Thumbs up!

Have a nice day guys~

Alhamdulillah Finally Graduated!

November 16, 2018

Assalamualaikum. Hai readers!

Hampir seminggu blog ni berhabuk dan tidak terjaga tapi masih tetap aktif dengan komen-komen korang dan pengunjung yang tak putus datang. Takdelah rasa blog ni kesepian sangat hehe. Terima kasih semua. The reason why I menghilang sekejap ialah sebab I pergi Konvo gais~ Dah grad dah seketul Hana ni haha

   
After almost 3 years of struggling and study, finally on 12.11.2018 I'm officially a UiTM graduate (UiTM Rembau - Diploma in Communication and Media). Only god knows how I feel right now. Alhamdulillah! The convocation day went so well even though the weather was super hot.

I tak hired mana-mana photographer and now I sendiri menyesal sebab gambar tak lawa hahaha. My family really has no art and skill in photography adoyaii haha But the memories of that day will stay in my mind forever lah kan despite gambar tak banyak. Konvo Isnin, Selasa pulak keluarga I dah busy dengan sekolah dan kerja sebab tu masing-masing rushing nak balik Penang hari tu jugak. Perjalanan jauh pulak tu.

Supposed I have many things to say about what happen to me for these few months, but I will keep it to myself for now as I'm so lazy to write anything longer than my assignment introduction. But most importantly, I will forever be grateful for having such a wonderful family yang selalu support, understand, and never judge me.

Mama ayah, this is for you! 

Pencarian Bloglist December 2018 oleh Airah Syahirah

November 07, 2018

Assalamualaikum. Hai semua.

Ni giveaway/segmen ke-2 I join hari ni. Kali ni dianjurkan oleh kak Airah. Kak, I takda Facebook tapi I dah follow semua social media kak yang lain sebagai ganti. Harap penyertaan ni diterima ya~

Klik banner untuk join!
I paling suka post pasal Wonderland themepark kat Bangi tu. Klik sini untuk baca. I tak pernah teringin pun nak pergi waterpark sebab bagi I macam leceh sikit nak kena salin pakaian lepas mandi, kena usung tuala sana sini, susah nak menggedik dalam air di kawasan terbuka. Tapi bila baca post kak Airah tu, I teringin pulak nak pergi (but I still don't like waterpark tho) kihkih

Lagi satu (tambahan), I suka juga post kak Airah tentang Resepi Chicken Buttermilk. Masa first time I baca tu dua bulan lepas, masa tu tengah puasa ganti. Terus I craving (mungkin sebab lapar jugak kot haha). Nak berbuka tu memang legit I masak Chicken Buttermilk ikut resepi kak Airah. Cuma Kak Airah ni dia asingkan ayam dan kuah tu tapi I mix je semua. Ikut tekak masing-masing la kan.

Okay that's it. Terima kasih kak Airah kerana anjurkan segmen ni. Have a nice day semua~

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

November 07, 2018

Assalamualaikum. Hai korang~

Disebabkan kita dah nak masuk tahun baru, maka giveaway yang ada kena-mengena dengan planner ni wajib kita sertai! Mana tahu rezeki tahun baru kan, boleh la bawa pulang planner satu. Haa macam tu~

Jadi jom lah kita join ramai-ramai. Tarikh tamat giveaway pada 30 November 2018.
Klik banner untuk join
Thank you Sarah sebab anjurkan giveaway ni. Hadiahnya memang nice habis! Silap-silap kalau dapat, memang pakat tak guna la simpan buat koleksi je sebab cantik sangat haha

Nice terukk kan? I told you just now la you don't believe!

By the way kan gais, kalau penyertaan ramai, pihak menganjur akan tambah hadiahnya which is brown totebag. Boleh tahan lawa jugak. Ngam la kalau nak pakai pi kelas. Meh sini usha beg tu.

Tunggu apa lagi? Join tau korang. Hadiah dah cukup menarik ni. Syarat penyertaan pun simple je. Rugi la kalau tak join. Okay have a nice day semua~

The Best K-Drama I've Watched In My Opinion

November 02, 2018

Assalamualaikum. Hai korang!

Korang suka tengok K-Drama tak? Berapa banyak yang korang dah tengok? I layan K-drama ni masa zaman sekolah menengah sampai mula-mula masuk diploma dulu sebab masa tu lah ada banyak masa nak tengok. Sekarang dah busy kemain 

My list of K-Dramas are very outdated ye rakan-rakan sebab I memang tak follow K-Drama yang baru ever since two years ago. Kalau ada pun 1-2 drama je yang baru. Tapi I nak share jugak sebab mana tahu korang boleh suggest K-Drama baru yang best (since I pun ada banyak masa untuk dibazirkan kihkih)

1. Descendants Of The Sun (2016)
I bukan nak exaggerate ke apa tapi ni satu-satunya k-drama yang I boleh ulang 3-4 kali sebab bagi I memang sangat-sangat best! Cerita ni banyak babak serious tapi ada kelakar jugak. Dah la OST dia pun feeling habiss. Tambah pulak main casts dia memang betul-betul bercinta (and dah kahwin pun) lagilah melayan perasaan I haha

2. Master's Sun (2013) 
Weh! I suka gila cerita ni tak tipu. Kisahnya dia boleh nampak makhluk halus tapi bila dia sentuh sorang laki ni, ability dia akan hilang. So disebabkan dia taknak nampak benda-benda tu, dia kena ikut laki tu kemana sahaja. Haha best~ OST dia pun best. I nak tanya, kalau OST best, memang drama tu pun automatik akan best jugak ke?? Mostly drama yang I tengok, kalau drama tu best mesti OST dia pun best jugak.

3. Who Are You : School 2015 (2015)
Drama ni macam sinetron sikit sebab ada babak kembar terpisah sejak kecil, lepastu sorang hidup mewah sorang lagi hidup miskin dan yang miskin tu kena buli kat sekolah. Haa seperti sinetron ya kan ku udah bilengg~ Untuk OST drama ni, satu je I nak cakap, OUTSTANDING! Sumpah lah I suka gila lagu Reset dan Return. Memang menaikkan semangat (Tambah-tambah kalau tengah study). For me, the bestest OST goes to this k-drama. Please dengar lagu tu gais please! (dan tengok la drama ni jugak k)

4. I Hear Your Voice (2013)
Drama yang ada babak peguam, mahkamah bagai ni memang I layanzz. I suka tengok diorang berdebat untuk menegakkan point masing-masing. Yang paling best, lelaki (watak utama) ni ada kelebihan baca fikiran orang. Drama ni lain sikit sebab lelaki tu bercinta dengan perempuan yang lagi tua dari dia. Cinta tak kenal usia la kiranya~

5. Pinocchio (2014)
Drama ni mengetengahkan kehidupan wartawan, cara mereka bekerja dan cari berita. Banyak konflik cerita ni tapi benda tu lah yang best. Since I pun memang study bidang Masscom, memang I tertarik nak tengok drama ni and apparently I memang suka dan semangat I lagi berkobar-kobar untuk teruskan impian I. Gittew~ Haha

6. Defendant (2017)
Drama ni saspen gila. Engko bayangkan engko bangun dari tidur je dah ada dalam penjara atas tuduhan membunuh keluarga engko. Dah la tu, hilang ingatan pulak. Allahu memang serabut. Tapi disebabkan perasaan ingin tahu I yang menebal, I layan sampai habis. Worth my time la. 

Antara K-Dramas yang I dah tengok :
(Hover any picture to know the title and the stars I gave)
   

So gais, apa favorite K-Drama korang? Ada suggestion tak drama baru apa yang best untuk I tengok? Cuba share sikit. Terima kasih korang 

Have a nice day semua ~