Elianto EDP Perfumes : Taffy, Ballet & Blush (Review)

October 18, 2018


Assalamualaikum. Hai semua.

Sesiapa yang minat Elianto, mesti korang dah pernah dengar tentang perfume Taffy, Ballet & Blush ni kan? I baru je tahu tentang perfume ni. Maklumlah, sebelum ni tak pernah usha pun any products from this brand. Ini pun tak sengaja termasuk Elianto punya franchise kat Aeon Au2 Setiawangsa tu sebab nak cari concealer (Elianto punya concealer memang cenggini  full coverage!!) tapi lepas dah pilih concealer tu tetiba mata gatal nak pandang bahagian promotion. Ahh sudahh! Ternampak pulak 3 perfumes yang 'simple but elegant' ni. Menarik~ *bisik hati kecilku hehe
Inilah packaging dia. 30ml sahaja. Simple kan? Soft je tengok rasa tenang *yekee?* Elianto buat promotion masa tu RM25 sahaja per bottle. Normal price dia RM59.90! I apa lagi kan, kita test bau ketiga-tiga perfumes ni. Okay calit sikit kat nadi. Semua wangi gais!! I tak tahu nak pilih yang mana tapi to be frank I paling suka bau Taffy. Memang kena dengan citarasa dan seleraku XD

So I decided to buy Taffy. Kalau korang suka bau macam manis-manis buah, Blush is the perfect-match for you. Ballet pulak bau dia keras sikit tapi masih wangi sedap. Haa macam tu. Perfume ni tahan lama ke tidak? Hari tu bila I tanya sales assistant, dia cakap boleh tahan dalam 8-12 jam. Tapi ni I jujur la ok. Honest review haa macam tu. Perfume ni tahan dalam 5-6 jam sahaja bila I pakai. Tak tahu la I salah pakai ke macam mana kan tapi memang tak lama baunya. Huhu harap Elianto boleh buat perfume ni long lasting sebab I really love the scent. Like a lot! Serious gais memang wangi sangat. Wangi yang tak keterlaluan. Just nice! Hana approved! Haa macam tu~ *acah sikit jer

Oh ya.. Perfumes ni jugak ada Trio Miniature EDP Pink Set. Dia combine ketiga-tiga perfumes tadi tu dengan harga RM65.90 (Tapi tak tahu masih in stock atau tak) Kalau beli yang ni jimat sikit plus boleh merasa tiga-tiga terus hehe
Elianto Trio Miniature EDP Pink Set (Limited Edition)
Last but not least, perfume ni memang best. 8/10! Kalau long lasting, memang I dah bagi 10/10 dah. Because i really loveee~ Ala boleh je pakai untuk majlis-majlis kecil kan. Bukan lama pun. Takpun kau standby je la perfume tu dalam bag. Kalau rasa bau dah hilang, sembuq la lagi haa macam tu. Botol dia pun kiut-miut je senang nak bawa kemana-mana.

Okay itu sahaja yang I nak review. Have a nice day semua 

Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed

October 14, 2018

Assalamualaikum. Hai korang.

Banyak pula masa terluang sejak akhir-akhir ni jadi apa salahnya kita isi masa terluang dengan menyertai giveaway kan. Hehe

Kali ni punya GA dianjurkan oleh sis Mazuriah Mohamed sempena bulan kelahirannya. Hai kak. Selamat berkenalan ya :)

Klik banner untuk join
Syarat giveaway ni sangat simple. Tak susahkan korang dan tak bazirkan masa korang. Jadi apa tunggu lagi? Join laaa!

TARIKH TAMAT : 31 OKTOBER 2018

P/s: Happy birthday to kak Mazuriah. Semoga selalu dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Dan yang paling penting, semoga sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangimu. Aminn~

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

October 12, 2018

Assalamualaikum. Hi semua.

Ni Giveaway ke-2 I join hari ni. Masa tengah blogwalking tadi ternampak post GA ni dan terus join. Nasib baik tak tamat lagi. Korang yang belum join, jom la kita meriahkan lagi GA anjuran sis Syafyqah ini.

Okay jom proceed. Ini bannernya :

Klik banner untuk join tau
Ni antara syarat-syarat giveaway. Simple je tak perlu buat banyak benda dan tak menyusahkan. Again, sila lah join hehe

1. Follow blog shfyqhazhr - (click here*wajib

2. Follow ig & FB - @shfyqhazhr | Shafyqah Azahar *takwajib

3.Copy banner dan buat satu entry bertajuk GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM *(please backlink to this post) *wajib

4. Dalam entry penyertaan boleh komen mengenai blog sha ; kekurangan blog sha / apa yang perlu ditambah atau dibuang! & kalau korang rajin lagi bolehlah komen di entry entry lama sha hehehe *takwajib

5. Jangan lupa tinggalkan link entry korang kat komen di post ni!

Komen tentang blog Sha:
1. To be frank, takde apa sangat pun untuk dikritik sebab blog tu dah memang style minimalist kan. Tak serabut. Tenang je tengok dan nak baca entry pun senang. Susunan widget pun teratur je semua. Haha so yeah. Sha, awak lagi lama berblogging so kalau saya nak komen pun macam tak layak kihkih 

2. Pasal content pulak, best je baca sebab macam-macam ada. Resepi, drama, beauty and banyak lagilah. Maksudnya tak bosan la baca blog sha ni. But, kalau boleh sila anjurkan banyak lagi giveaway hehehe

Rasanya itu je lah untuk post kali ni. Btw, thank you Shafyqah sebab anjurkan GA ni sebab saya suka hadiahnya. Planner tu comel dan agak useful jugak untuk kita semua.

Siapa-siapa yang nak tengok hadiah, ni haa hadiahnya. Comel kan??


Apa lagi? jom la join giveaway ni. Tarikh tamat pada 31 Oktober 2018. Ada masa lagi gais. Jom!